Galeri

Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-37 Pada 21hb Mei 2011 Di Hotel Grand Riverview, Kota Bharu, Kelantan

Suasana pendaftaran anggota-anggota di kaunter pendaftaran pada hari Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-37 pada 21hb Mei 2011 (Hari Sabtu)

Suasana pendaftaran anggota-anggota di kaunter pendaftaran pada hari Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-37 pada 21hb Mei 2011 (Hari Sabtu)

YM Tengku Ibrahim Farihaddin bin Dato Tengku Feissal (Pengerusi Jawatankuasa Audit Dalaman) Koperasi Sri Nilam Berhad sedang mendaftar kehadiran di kaunter pendaftaran kehadiran dengan Pegawai Tadbir & Akaun iaitu En. Hazman bin Hassan.

Tuan Haji Husain bin Muhammad (Anggota Lembaga) dan Tuan Haji Nik Mohamed bin Nik Mahmmod (Anggota Lembaga) sedang mendaftar kehadiran di kaunter pendaftaran.

Pelajar-pelajar yang akan menerima hadiah kecemerlangan dalam Peperiksaan UPSR,PMR,SPM dan STPM sempena Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-37 yang akan disampaikan oleh Yang Dipertua koperasi Sri Nilam Berhad.

Dua orang pelajar cemerlang dalam peperiksaan SPM bagi tahun 2010 bersama ibu bapa masing-masing bagi penerimaan Anugerah Khas Tengku Ahmad Rithauddeen sempena Mesyuarat Agung Tahunan.

Ucapan Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-37 oleh Yang Mulia Tengku Tan Sri Dato' Seri Ahmad Rithauddeen bin Tengku Ismail Al-Haj (Yang Dipertua) Koperasi Sri Nilam Berhad.

Majlis bersama dengan penerima-penerima Anugerah Khas Tengku Ahmad Rithauddeen sempena Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-37.

Yang Mulia Tengku Yang Dipertua Koperasi Sri Nilam Berhad menyampaikan cek bernilai RM1,000.00 kepada penerima Anugerah Khas Tengku Ahmad Rithauddeen iaitu Muhammad Izzat Syameer bin Mohd Zaid dengan memperoleh 11A+ dalam peperiksaan SPM bagi tahun 2010.

Yang Mulia Tengku Yang Dipertua Koperasi Sri Nilam Berhad menyampaikan cek bernilai RM1,000.00 kepada penerima Anugerah Khas Tengku Ahmad Rithauddeen iaitu Song Cai Li dengan memperoleh 11A+ dalam peperiksaan SPM bagi tahun 2010.

Tuan Haji Wan Ab. Ghani Wan Derani bin wan Husain (092) beramah mesra dengan YM. Tengku Tan Sri Dato' Seri Ahmad Rithauddeen bin Tengku Ismail Al-Haj (Yang Dipertua) semasa ke majlis santapan kudapan bersama Timbalan Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Kelantan, Ybhg. datuk Pengerusi dan Anggota Lembaga Koperasi Sri Nilam Berhad.

Majlis pengundian angkat tangan dijalankan bagi mendapatkan sesuatu keputusan di atas apa-apa cadangan, usul atau resolusi yang dibentangkan dalam Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-37.

Seterusnya>>