Sejarah Penubuhan

SEJARAH KOPERASI SRI NILAM BERHAD

1.         PENDAHULUAN

Koperasi Sri Nilam Berhad yang didaftarkan  pada 12 Februari 1972 dengan nama SYARIKAT KERJASAMA SERBAGUNA SRI NILAM KELANTAN DENGAN  TANGGONGAN BERHAD. Koperasi ini diasaskan oleh YM. Tengku Tan Sri Dato’ Seri (Dr.) Ahmad Rithauddeen bin Tengku Ismail Al Haj (Tengku Sri Mara Raja Kelantan) pada mula penubuhannya ialah:-

  1.   Untuk menggalakkan anggota dalam jimat cermat dan tolong menolong di antara satu sama lain.
  2.   Untuk  meninggikan taraf  sosio-ekonomi anggota-anggota.
  3.   Untuk menggalakkan anggota-anggota  dalam bidang pertanian.
  4.  Untuk  menggalakkan anggota-anggota  dalam bidang ternakan.

2.         PERUBAHAN KEGIATAN

      Oleh  kerana pada masa itu tumpuan  kerajaan memajukan rancangan dalam bidang Dasar Ekonomi Baru Kerajaan sedang rancak berkembang, maka kegiatan kita  ditambah satu lagi iaitu bergiat dalam bidang pengangkutan lori kargo. Dalam bidang yang kita ceburi ini, kita telah membeli 10 buah lori kargo dan bergiat dalam bidang ini  kira-kira  5 tahun. Oleh kerana kita tidak mempunyai pengalaman  dan modal pusingan yang besar serta tidak ada kontek yang baik dengan pengeluar dan pembekal maka bidang ini terpaksa dihentikan  dan kita mengalami kerugian.

      Pada  masa  ini kegiatan utama Koperasi ini ialah dalam bidang pelaburan dan harta tanah dan penyewaan.


  1. Koperasi Sri Nilam Berhad ditubuhkan dengan rasminya pada 11/12/1971 di Dewan Mesyuarat UMNO Kelantan dalam satu perjumpaan seramai 160 orang yang turut di hadiri  oleh  Pengarah  Jabatan  Pembangunan   Koperasi  Kelantan  pada  masa   itu En. Mior Ahmad.
  1. Satu perjumpaan untuk menambahkan anggotanya diadakan pula di Perkarangan Kediaman YM.Tengku Yang Dipertua di Jalan Tengku Ismail Kota Bharu Kelantan pada 25/01/1972. Dalam perjumpaan itu ramai anggota-anggota baru menyertai Sri Nilam dengan membayar modal syer masing-masing.
  1. Selain daripada itu bermacam-macam cara KEMPEN menambah anggota dijalankan oleh YM.Tengku di Kuala Lumpur.
  1. Dari hasil kempen,perjumpaan,bersemuka, maka anggota SRI NILAM meningkat kepada menjadi 319 orang.Inilah anggota SRI NILAM semasa ianya didaftar oleh Jabatan Pembangunan Koperasi pada 12/02/1972 termasuk anggota PENGASAS seramai 160 orang itu. Pendaftaran dengan nama  SYARIKAT KERJASAMA SERBAGUNA SRI NILAM KELANTAN DENGAN TANGGONGAN BERHAD.
  1. Modal yang diterima oleh SRI NILAM daripada anggota-anggotanya ketika itu ialah RM48,000.00.
  1. Berbekalkan kepada Modal anggota sebanyak RM48,000.00 itu, SRI NILAM  telah mengerakkan langkah, menjalankan perniagaan seperti pengedaran(menjual) baja kepada anggota, menjalankan  aktiviti pengangkutan(lori) dengan sepuluh buah lori.
  1. Perniagaan-perniagaan awalnya berakhir dengan kegagalan dan akhirnya SRI NILAM terpaksa menanggung hutang hampir RM 400.000.00. Aktiviti perniagaan diberhentikan. Semua lori-lori dijual.
  1. Pejabat Sri Nilam sentiasa berpindah randah selepas pejabat awal di Batu 2, Kota Bharu, Kelantan ditutup. Adakala berpejabat di bawah rumah orang. Adakala berpejabat menumpang di pejabat orang lain secara percuma. Adakala berpejabat di atas kereta kehulu kehilir dengan fail,mesin taip,mesin pendua di atas kereta. SEDIH dan PILU bila mengingatnya semula. Mesyuarat  Lembaga  kerapkali dibuat di rumah YM.Tengku Yang Dipertua.
  1. Walaubagaimana keadaan sekalipun, semua dokumen-dokumen,buku-buku akaun, yang berkaitan serta lain-lain dijaga dengan cermat dan rapi serta terkemaskini.
  1. Pada masa itu SRI NILAM mempunyai wang hanya beberapa ringgit sahaja dalam bank, pada masa Sri Nilam tiada pejabat tetap, pada masa Sri Nilam  masih mempunyai hutang yang banyak,pada masa Sri Nilam menghadapi keadaan yang amat sulit,pada masa itu kebanyakan anggota(bukan semua) membuat cemuhan kepada Sri Nilam.Tiba-tiba  seolah-olah satu cahaya menyuluh perlahan-lahan, mula-mula agak samar, tetapi makin lama makin terang dan terus menerangi  Sri Nilam dan akhirnya cahaya itu menyerlah besar dan amat terang sekali.
  1. CAHAYA  yang dimaksudkan itu ialah ANUGERAH KHAS DAN IKHLAS SERTA TIADA TOLAK BANDINGNYA daripada YM. Tengku Tan Sri Dato’ Seri Dr. Ahmad Rithauddeen bin Tengku Ismail Al Haj yang pada masa itu selaku Pengerusi kepada Sri Nilam.
  1. ANUGERAH KHAS daripada YM.Tengku itu ialah  kira-kira lebih 12 juta syer kepunyaan YM. Tengku yang ditawarkan kepadanya oleh pihak Southern Bank dengan harga 50 sen satu unit atas sifat YM. Tengku sebagai salah seorang daripada pengasas bank yang berkenaan itu setelah bank yang berkenaan itu berkembang dan besar serta berkira-kira untuk mendaftarkan syernya di Pasaran Saham Kuala Lumpur.
  1. Sekali lagi dalam menerima anugerah yang berkenaan itu Sri Nilam menghadapi kesukaran kerana TIADA wang untuk membelinya. Tawaran yang dibuat oleh pihak bank kira-kira sebulan sahaja akan tamat tempohnya. Jika tidak bayar tawaran itu akan tamat.
  1. Dengan jasa baik serta atas budi bicara YM.Tengku, satu pinjaman kira-kira RM 7 juta dibuat dengan pihak Maybank. Pinjaman ini dibayar  penuh dalam tempoh lebih sedikit setahun iaitu setelah sebut harga syer yang berkenaan itu di pasaran dibuat di BSKL. Sebahagian syer dijual untuk melangsaikan hutang yang berkenaan.
  1. Syer tawaran daripada Southern Bank Berhad yang tidak dapat dibeli oleh Sri Nilam itu dianugerahkan pula kepada semua anggota  yang  ada pada ketika itu atas  kadar 1:1 dengan harga 50 sen  satu unit.Ramai anggota-anggota kita yang membeli  syer itu telah mendapat  DURIAN RUNTUH setelah  mereka  menjualkan syer itu selepas ianya  disebut harga di BSKL.
  1. Dari hasil keuntungan jualan syer yang telah dibeli oleh Sri Nilam daripada Southern Bank apabila di tolak hutang dengan MAYBANK dan lain hutang yang ditanggung oleh Sri Nilam sebelumnya,maka sekali lagi semua anggota-anggota Sri Nilam mendapat BONUS 10,000% .Syer RM100.00 Bonus RM10,000.00 dengan dividen di bayar penuh 10% atas RM10,000.00 bukan 10% atas RM100.00 (syer asal). Jumlah perisytiharan bonus kepada anggota-anggota hingga hari ini ialah RM16,793,672.06. INILAH KOPERASI SRI NILAM.
  1. Dengan  nasihat YM. Tengku, kerja keras anggota Lembaga serta dengan pengalaman yang ada pada Bendahari Tuan Hj.Nik Ariff bin Nik Hassan di tambah pula dengan sokongan kuat anggota-anggota, Sri Nilam terus tahun demi tahun mengisytiharkan dividen dan syer bonusnya kepada anggota-anggota sehingga sekarang dividen yang diberikan kepada anggota-anggotanya mencecah jumlah RM 8,388,960.47 dengan kadar peningkatan syer anggota daripada RM100.00 kepada RM39,600.00 (Hasil terbitan syer bonus pada tiap-tiap tahun).
  1. Uniknya dalam Koperasi Sri Nilam ini setiap anggota membayar syernya hanya sekali SEUMUR HIDUP (tidak ada apa bayaran tambahan yang lain). Dengan bayar syer sekali SEUMUR HIDUP itu  anggota-anggota boleh menikmati berbagai faedah dalam SRI NILAM.
  1. Aturan aktiviti-aktiviti bagi membolehkan Sri Nilam melaksanakan program –program kebajikan kepada anggota telah diwujudkan iaitu:-
    1. Aturan Tabung Kebajikan Am.
    2. Aturan Tabung Dermasiswa.
    3. Aturan Menebus Syer Anggota-Anggota.
  1. Tabung Kebajikan Am telah mengeluarkan wang berjumlah RM 143,645.00 untuk hadiah kecemerlangan anak-anak anggota dalam peperiksaan RM162,000.00 untuk bantuan kepada anak anggota yang melanjutkan pelajaran ke  Institusi pengajian tinggi dan RM 94,000.00 untuk derma kematian anggota dan keluarga terdekat.Lain-lain derma untuk kebajikan masyarakat berjumlah RM 19,498.50. Bantuan kepada anak-anak anggota-anggota yang menduduki asrama sekolah kerajaan pula berjumlah RM29,600.00.
  1. Tabung   derma   siswa   telah   mengeluarkan    sebanyak  hampir    RM  70,000.00 (setakat ini) kepada pelajar-pelajar anak anggota yang melanjutkan pelajaran ke  Intitusi Pengajian Tinggi  Swasta.
  1. Bayaran kepada anggota yang menebus syer sehingga sekarang ialah RM 1,038,505.77.
  1. Undang-undang Kecil Koperasi Sri Nilam Berhad telah dirangka dan dibuat dengan kelulusan Jabatan Pembangunan Koperasi dengan TIGA keistimewaan yang amat menarik selagi ada bulan dan bintang ianya terpakai iaitu:-
    1. Ada seorang Yang Dipertua.
    2. Ada peruntukan bahawa syer boleh ditebus atas sebab-sebab tertentu sehingga RM 10,000.00 tanpa bayaran balik.
    3. Mesyuarat perwakilan setempat dan sekali untuk semua anggota yang berdaftar.
  1. Koperasi Sri Nilam Berhad ada mendukung EMPAT anak syarikatnya iaitu:-
    1. Khazanah Nilam Sdn.Bhd.
    2. Permodalan Nilam Sdn.Bhd.*
    3. Nilam Dengkil Sdn.Bhd.*
    4. Nilam Style Sdn.Bhd.*

*Anak-anak syarikat kepada Khazanah Nilam Sdn.Bhd.yang dimiliki penuh 100% oleh Koperasi Sri Nilam Berhad.

  1. Pencairan syer boleh dibuat kepada keluarga anggota dengan mengisi borang pindah milik dan borang permohonan menjadi anggota daripada penerima pindah milik syer Anggota baru dikenakan free masuk RM 10.00 dan pecahan syer RM 5.00 satu keping sijil.
  1. Akaun-akaun anak syarikat  jika anggota berhajat hendak  menghalusinya, bolehlah diambil di Kaunter  pendaftaran masing-masing.
  1. Pembayaran dividen yang diisytihar dan dibuat serta dikeluarkan tahun demi tahun ialah atas modal terkumpul SEMASA, bukanlah atas modal atau syer asal anggota.Misalnya pada tahun ini anggota yang melabur (asalnya) RM 100.00 dibayar dividen 2.5% dan bonus ialah 2.5% mendapat bayaran dividen sebanyak RM 990.00 dan syer bonus pula bernilai RM 990.00.Kalau diambil kira atas pelaburan asalnya RM 100.00,maka dividen yang diterima dari segi peratusannya ialah 990 peratus dan syer bonusnya juga ialah 990 peratus. Demikian dividen dan bonus yang dibayar pada masa-masa yang lalu.
  1. Koperasi Sri Nilam Berhad ialah sebuah Koperasi yang paling UNIK DAN TERISTIMEWA sekali. Tidak ada di Koperasi lain yang lebih istimewa dari segi perkara-perkara berikut:-
      1. Melabur sekali seumur hidup dengan tiada apa bayaran tambahan untuk mendapat tabung kebajikan,tabung pelajaran anak-anak,tabung kematian anggota dan keluarga,tabung derma siswa dan bayaran balik atas tebusan syer anggota-anggota yang telah dibuat.
      2. Pindah milik syer secara PENCAIRAN dengan anggota asal hanya dibenar berbaki syernya sebanyak RM 2,000.00 sahaja.Pindah milik dan menjadi anggota secara PENCAIRAN ini membolehkan semua keluarga anggota asal iaitu anak,cucu,cicit dan seterusnya keluarga anggota asal itu menikmati faedah-faedah istimewa dalam SRI NILAM.
      3. Pindah milik syer anggota yang meninggal dunia boleh dibuat secara FARAIDH dengan mudah di Pejabat Koperasi Sri Nilam Berhad sendiri.Boleh dibuat tanpa melalui mahkamah pesaka kecuali dalam kes-kes yang terlalu rumit.
      4. Undang Kecil yang dibuat bagi mengendalikan pengurusan dan urusan pentadbiran dengan licin dan berkesan.