Bantuan Tabung Kewangan

Hadiah kecemerlangan dalam peperiksaan UPSR, PMR, SPM dan STPM dan yang setara dengannya sepanjang tahun 2011 berjumlah RM 33,290.00 terdiri daripada :-

  • 1. Pelajar UPSR – 50 orang berjumlah RM9,480.00
  • 2. Pelajar PMR – 32 orang berjumlah RM12,300.00
  • 3. Pelajar SPM – 26 orang berjumlah RM11,210.00
  • 4. Pelajar STAM/STPM – 2 orang berjumlah RM300.00

Hadiah Dermasiswa kepada empat  orang  pelajar  yang berjaya melanjutkan pengajiannya di pusat-pusat pengajian tinggi  di  dalam negeri  bagi tahun  2011  telah dihadiahkan berbentuk Dermasiswa  berjumlah  RM  8,000.00 (RM 2,000.00 sesemester)  iaitu  kepada :-

Bil. Nama Jurusan Diambil
1 Mohammad Idham bin Sauti Bachelor Of Engineering Technology In Welding And Quality Inspection
2 Amira Sofea binti Mahamad Husin Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan(Kepujian) Kimia
3 Nur Izzati binti Nor Afandi Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan(Kepujian)(Fizik Gunaan)
4 Maizatul Akmal binti Md. Zain Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan(Kepujian) Elektronik(Instrumentasi)

Jumlah  Hadiah Dermasiswa yang telah dikeluarkan sehingga tahun 2011 berjumlah RM454,000.00.

Sumbangan menduduki asrama sekolah berasrama Kementerian Pelajaran sebanyak RM200.00 telah  dikeluarkan untuk tahun 2011 kepada seramai dua puluh tiga (23) orang berjumlah RM4,600.00. Setakat 31.12.2011 sumbangan menduduki asrama telah dikeluarkan sebanyak RM 70,000.00.

Derma kematian anggota, suami/isteri/anak-anak anggota sepanjang tahun 2011 berjumlah RM24,400.00 untuk seramai dua puluh enam (26) orang penerima. Jumlah derma kematian yang telah dikeluarkan sehingga 31.12.2011 berjumlah RM208,400.00.


Pengeluaran Zakat Perniagaan

Koperasi telah mengeluarkan zakat perniagaan untuk tahun 2011 sebanyak  RM 9,000.00 kepada Majlis Ugama Islam dan Adat  Istiadat Melayu Kelantan (MAIK). Zakat perniagaan yang dikeluarkan semenjak tahun 1995 sehingga 31.12.2011 berjumlah RM149,000.00.

Wang Hadiah/Bantuan Melanjutkan Pelajaran

Anggota atau anak-anak anggota ke institusi-institusi pengajian tinggi di dalam negeri dan luar negara yang dibayar sepanjang tahun 2011 berjumlah RM27,500.00 untuk empat puluh dua (42) orang penerima.

Jumlah wang hadiah/bantuan melanjutkan pelajaran kepada anggota atau anak-anak anggota yang melanjutkan pelajaran ke institusi-institusi pengajian tinggi sehingga 31.12.2011 RM358,500.00.

Begitu juga tiap-tiap kali Mesyuarat Agung Tahunan anggota yang hadir diberi sumbangan wang elaun kehadiran Mesyuarat Agung Tahunan sebanyak RM100.00 yang meliputi tambang dan makan/minum. Dalam Mesyuarat Agung Tahunan Koperasi Kali Ke-37 bagi tahun 2010 yang diadakan pada 21hb. Mei 2011 sebanyak RM127,600.00 telah dikeluarkan untuk membiayai seramai 1276 anggota yang hadir.

Tabung Menebus Syer.

Tabung ini mempunyai baki terkumpul sebanyak RM 30,980.78. Tabung ini berfungsi  sekiranya ada anggota-anggota  yang ingin menebus syernya sama ada mereka itu hendak berhenti menjadi anggota atau menebus sebahagian syernya (tidak melebihi RM10,000.00) bagi  tujuan pembiayaan pelajaran anak, mengerjakan haji atau umrah, membayar hutang mahkamah dan perbelanjaan perubatan. Setakat ini penebusan syer ini telah dibuat oleh anggota-anggota sebanyak RM1,859,251.09. Penebusan syer ini tidak payah dibayar balik  oleh anggota-anggota.

Wang terkumpul bagi tabung-tabung yang berkenaan itu telah dilaburkan semula supaya boleh mendapat keuntungan dan menambahkan kewangan tabung-tabung tersebut.