Fasa 1

Fasa 1 projek perumahan Taman Tengku Ahmad Rithauddeen melibatkan pembinaan 72 unit rumah teres setingkat, 16 unit rumah teres 1 ½ dan 16 unit berkembar yang kesemuanya berjumlah 104 unit rumah.

Koperasi Sri Nilam Berhad telah melantik Tetuan Pakatan Runding Zain Spencer Sdn. Bhd. sebagai Pengurus projek ini. Tetuan Ambar Mas Sdn. Bhd. adalah kontraktor tempatan yang dilantik di atas pembinaan projek ini.

Pembinaan kesemua 104 unit rumah-rumah tersebut dalam fasa 1 projek Taman Tengku Ahmad Rithauddeen telah siap sepenuhnya dan telah habis dijual. Keuntungan yang diperolehi daripada hasil penjualan rumah-rumah tersebut setakat 31.12.2010 ialah RM2,900,990.88.

Pandangan Pelan Rumah Banglo Setingkat

Pandangan Luas Binaan Rumah Berkembar Setingkat

Pandangan Plan Rumah Berkembar Setingkat

Leave a Reply