Keuntungan Pelaburan

    Mesyuarat Lembaga Koperasi yang bersidang pada 25hb. Jun 2011 (02/2011/2012) telah pada dasarnya meluluskan satu kertas kerja yang dinamakan cadangan Pembangunan Tiga Tahun Koperasi Sri Nilam Berhad. Kertas kerja ini yang disediakan dan dibentangkan oleh Tuan Haji Nik Ariff bin Nik Hassan (Bendahari) adalah satu pelan rancangan masa hadapan atau halatuju pembangunan koperasi yang bertulis yang belum pernah dibuat sebelum ini. Penekanan dalam halatuju pembangunan ini adalah untuk memastikan koperasi mampu membayar dividen kepada anggota. Satu polisi dividen dirangkakan yang koperasi ada sumber pendapatan untuk memberi dividen yang lebih kepada anggota. Adalah dijangkakan dividen lebih kurang 10% setahun dapat diberikan yang mana koperasi memerlukan lebih kurang RM1.5 juta setahun pendapatan bersih.

    Cadangan pertama rancangan pembangunan koperasi ialah membeli lebih kurang 1000 ekar tanah ladang kelapa sawit yang boleh memberi pendapatan RM2 juta pendapatan bersih setahun. Banyak kawasan ladang kelapa sawit telah ditinjau dan dibuat kajian oleh koperasi dan dengan bantuan penyelidikan yang dibuat oleh sebuah firma agronomis yang dilantik oleh koperasi setakat ini tiada ladang yang sesuai yang boleh dibeli oleh koperasi dari segi harga dan keadaan ladang.

   Cadangan kedua rancangan pembangunan koperasi ialah membangun tanah koperasi di Bandar satelit Kota Bharu, di Tunjong iaitu Lot 3928 dan dua lot lagi Mukim Pendek secara dasar pembangunan bercampur menjadi 5 unit rumah kedai 2 tingkat dan 24 unit kediaman. Pilihan lain ialah membeli rumah kedai ditempat-tempat lain atau tanah yang luas untuk dimajukan. Jumlah kawasan perumahan atau kompleks komersial. Koperasi memerlukan sekurang-kurangnya 10 buah rumah kedai dengan sewaan lebih kurang RM 5,000.00 seunit sebulan bagi menampung perbelanjaan pentadbiran koperasi lebih kurang RM 650,000.00 setahun yang selama ini sebahagian besarnya bergantung daripada keuntungan pelaburan jual beli saham.

    Dalam kertas kerja tersebut terdapat sejumlah RM 15,408,063.51 termasuk hasil jualan tanah koperasi di Dengkil, Selangor sebanyak RM3.9 juta (jika dijual tertakluk kepada nilaian semasa tanah) yang boleh digunakan atau dilaburkan di Bursa Saham Malaysia atau projek-projek lain yang difikirkan sesuai dan menguntungkan. Apa-apa perolehan atau pendapatan daripada Cadangan Ketiga rancangan pembangunan koperasi ini boleh dimanfaatkan oleh semua anggota koperasi.

 

1. Kadar Dividen

 

 

 

2. Kadar Bonus

 

1983 Kadar Bonus – 10,000%

 

3. Dividen Tahun Lepas dan Bonus

 

1983 Kadar Bonus – 10,000%

 

Leave a Reply